TERMA DAN SYARAT
Terma & Syarat Sewa Kereta
Terma dan syarat sewa kereta adalah garis panduan yang kami guna untuk melindungi hak penyewa dan juga SSD Travel Sdn Bhd selaku pemilik kenderaan. Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, garis panduan berikut akan digunapakai untuk rujukan.
Terma & Syarat
SILA BACA DAN FAHAMI TERMA & SYARAT DI BAWAH SEBELUM MEMBUAT SEBARANG PEMBAYARAN:
Tujuan Sewa Kereta
Peminjam hanya boleh membawa kereta untuk tujuan kebaikan sahaja.
Tuntutan Pemulangan Lewat
Pemilik berhak menuntut bayaran daripada peminjam sekiranya kenderaan dihantar lewat daripada masa yang dijanjikan dengan kadar RM10 - RM50/jam bergantung kepada jenis kenderaan yg disewa.
Larangan Pihak Ketiga
Peminjam tidak dibenarkan sama sekali menyerahkan kereta ini kepada pihak ketiga atau dipandu orang lain selain daripada peminjam.
Kesalahan Lalu Lintas Jalan Raya/Jenayah
Syarikat tidak sama sekali bertanggungjawab di atas sebarang kesalahan lalu lintas jalan raya atau saman dan jenayah yang dilakukan oleh peminjam.
Bayaran Ganti Rugi
Peminjam akan dikenakan bayaran antara RM3000-RM5000 sebagai ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan atau kemalangan ketika pinjaman kereta bergantung kepada keadaan.
Cagaran Kerosakan/Kemalangan
Pemilik berhak menuntut apa jua jenis cagaran yang setimpal jika berlaku sebarang kerosakan atau kemalangan yang dilakukan oleh peminjam.
Makluman Kerosakan/Kemalangan
Peminjam harus memberitahu pemilik terlebih dahulu tanpa melibatkan pihak luar jika berlaku sebarang kerosakan dan kemalangan untuk perbincangan lanjut.
Bantuan Breakdown Kenderaan
Jika berlaku sebarang kerosakan pada kereta ketika masih berada bersama peminjam adalah diluar bidang kuasa syarikat,tetapi bantuan dan penyelesaian terhadap isu berkenaan akan diberikan kepada peminjam.
Deposit
Deposit akan dipulangkan setelah selesai sewaan kereta.
DEPOSIT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA ANDA TELAH CANCEL BOOKING PADA LAST MINUTE.
BAYARAN PENUH SEWAAN DIJELASKAN SEMASA MENERIMA KENDERAAN SERTAKAN SALINAN IC & LESEN MEMANDU
SEKIRANYA MEROKOK & TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN DI DALAM KENDERAAN, DENDA RM50/ HADLAJU RM150 🛑 DITOLAK DALAM JUMLAH DEPOSIT
Dokumen Yang Diperlukan
Ucapkan selamat tinggal pada proses tempahan rumit. Hanya sediakan dokumen ringkas yang penting dan sewa kereta pilihan anda!
